Monday, October 31, 2011

PAHAT-PAHAT @ LUBOK SANGKAR

Ahad 30.10.2011 jam 11pagi hingga 2 petang...Jaki sudah berada di lubok sangkar bersebelahan dengan lubok sangkak. Memandangkan masih samak terpaksa tah Jaki meredah pohon bakau yang sebelumnya terdapat pantaran untok durang memancing dan ianya sudah roboh. Jam 3 barulah Jaki mula memancing dan cuma lureh seekor pahat-pahat saja, nda apa Jaki atu baru testing tu..kalau siap pantaran atu bagitau saja dapat jua kan join nanti.

Sunday, October 30, 2011

NADA YANG HOT MENOMANLAK KALI ANI @ EPM

Sabtu 29/10/2011 jam 7 pagi ...operasi menjejaki tomanlak diEPM masih lagi bejalan seperti biasa yang diketuai uleh Roy aka Marak bersama Sofian aka Kuyan dan Cpt Asat Albab menggunakkan perahu milik Sofian. Kaedah casting...Sofian berhasil menaikkan 2 ekor dalak, Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor toman dan seekor dalak manakala Roy berhasil menaikkan seekor toman.
Kaedah membottom...Asat Albab berjaya menaikkan 4 ekor toman dan seekor dalak, Sofian bejaya menaikkan 3 ekor toman, Roy berjaya menaikkan seekor toman. TAHNIAH semuanya..k

Friday, October 28, 2011

MAMA UMPAK @ LSG

Khamis 27.10.2011 jam 8 malam, yang turun di lubok SG beraksi Madi, Sofian dan Jaki dan Isteri serta anak nya Join sekaki..,dan Yahya pun menyusul kemudian kerana keracunan habis. Memandang ayer masih menghijau dan beansur pasang membottom dengan 11 batang joran kesemuanya namun cuma joran milik bini Jaki saja yang bertuah menaikkan seekor mama Umpak. Manakala yang lainnya hanya mampu melihat masih hot tanpa sebarang tangkapan hehe.. Tahniah..ada heng bini Jaki atu.

ADA JUA ULEH... @ TUTONG DROP-OFF

Khamis 27.10.2011... Yahya dan 3 orang kawan turun ke Tutong drop-off seawal 7.30 pagi sehingga jam 6 petang yang memakan masa 2 jam untok sampai ke spot yang di tuju. Hasil dari tangkapan Yahya berhasil menaikan beberapa ekor ikan seperti kurisi bali, kerapu dan 3 ekor ikan tidak ketahui spiecesnya.., Tahniah Yahya.., mau beli yang elektrik spool tuuu...hehe..

Tuesday, October 25, 2011

BULAN2 BIKIN NDA JADI HOT @ SG KELAKAS

Isnin 24/10/2011 jam 4.30 ptg...Madi, Hj Rahim dan Jaki turun cast di sg Kelakas dan cuma Madi saja lureh seekor bulan2 1x ugat, Hj Rahim 2x ugat dalak kira hot sudah tu apalagi Jaki yang awal mulih pun hot tah jua hehe...tahniah Madi.

Monday, October 24, 2011

AING T C KAW BUKAN PENGHALANG UNTOK MEMBARAB @ ULU TUTONG

Isnin 17/10/2011 jam 2.00 petang...Yus bersama kawan setugasnya seramai 4 orang yang sudah awal2 lagi membuat rancangan untok bemalam di ulu Tutong selama 6 hari menjejaki serigala sungai sudah pun tercapai tetapi sayangnya setelah beberapa hari sudah berada di ulu dan dari mula2 datang ayer sungai sudah pun macam Tea C kaw2 sehinggakan durang kan balik disebabkan hujan saja. Oleh kerana semangat kental sikap memajal atu ada akhirnya Yus casting dan berhasil jua menaikkan 7ekor barab cuma 3 ekor barab saja yang sempat diambil gambar manakala kawan2nya yang membottom berhasil jua menaikkan beberapa ekor baung, buntong dan lain2 cuma nda bergambar saja, TAHNIAH Yus dan kawannya..

MENGUNGAH @ LUBOK SANGKAK

Ahad 23.10.2011 jam 10 pagi...Cpt.Sofian, Jaki dan Yahya turun membottom di lubok sangkak dan cuma 2 ekor ungah dan kalikitok yang tewas dinaikkan uleh Yahya sahaja. Manakala Cpt Sofian cuma belureh kangbedu dan Jaki hanya lureh utek dan kalikitok..sahaja. Tahniah semuanya yang penting nda ada yang hot hehe...

KETAMBAK GORENG KERAPU STIM @ JBS

Sabtu 22.10.2011 malam...antara yang turun di lubok JBS(jambatan belum siap) Labu,Nejam dan Azmi yang mana ingin menyampaikan hajat Neejam yang sudah 6 bulan lamanya berehat. Rawe, Gulin dan Hensem Boy nda jadi join disebabkan nda ada umpan. 1st strike... Neejam berjaya menaikkn seekor ketambak hasil dari pertolongan Azmi. 2nd strike Neejam yang menggunakan kerikan pun berhasil menaikkan seekor kerapu lagi dan selepas atu Labu menaikan seekor gelama tapi nda bergambar. Manakala Azmi alum ada rezekinya setelah disaat2 akhir pancingnya disambar ikan monster misteri yang telah berhasil melepaskan dirinya, tahniah Neejam dan Labu.

2 EKOR DALAK TEWAS TETAP ADA YANG HOT @ LUBOK KUCING

Ahad 23/10/2011 jam 3 petang...Roy aka Marak bersama Asat Albab turun mendalak di LUBOK KUCING yang mana Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor dalak,2x ugat (lepas) dan 1x miscall manakala Roy kali ani alum ada rezekinya cuma ugat (lepas) dan miscall saja, hot tia bah kali ani hehe..TAHNIAH Asat Albab..

Sunday, October 23, 2011

BERHASIL LAGI OPS MENOMANLAK @ EPM

Sabtu 22/10/2011 7 pagi...Cpt Asat Albab turun di epm menggunakan perahu milik Roy aka Marak disertai uleh Madi aka Kembayau dan Hj Rahim aka Mantun menggunakan perahu milik Roy aka Marak. Dengan kaedah casting...Madi berhasil menaikkan seekor toman berat 2kg, Asat Albab lureh seekor dalak manakala Hj Rahim cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Kaedah membottom cuma Madi saja yang berhasil menaikkan 2ekor toman, Cpt Asat Albab dan Hj Rahim cuma ugat (lepas) saja,TAHNIAH semuanya..

MANCING TILAPIA @ LUBOK MARAK

Sabtu 22.10.2011 petang...Roy aka Marak dan Budy bertukar citarasa turun memancing talapia kali ani di lubok Marak. Roy belurih 22 ekor talapia dan Budy lureh beblasan ekor talapia nda lagi tekira bah, tahniah Roy dan Budy.

Saturday, October 22, 2011

CINTA 3 SEGI MJ DENGAN HUSKY JERK TIGERKU @ LUBOK LENA

Jumaat 21.10.2011 pagi...aku sama Babah turun castbottom di lubok lena lagi menggunakan perahu Babah. 1st strike seekor pahat2 terpikat dengan rapala husky jerk milik ku dan setelah atu sekali lagi husky jerkku membuat kejutan tanpa diduga 2 ekor ungah aka mak janda sekaligus dalam satu masa terpikat kan husky jerk lagi baru ya macam cinta 3 segi, jangan nda pecaya ah haha...
Selepas atu giliran Babah lagi menaikkan seekor mj dengan menggunakan lure rapala td. Manakala membottom aku lureh seekor baby kerapu(release balik) dan Babah pun lureh seekor kerapu jua.
Sebelah petangnya...Sofian aka Kuyan turun menggunakan perahunya di Kuala Tutong bersama Madi aka Kembayau dan Yahya aka Sangkak yang mana Madi belureh seekor ungah uleh membotom mengunakn umpan banting2 uleh durang merambat yang cuma 2 ekor saja. Yahya lureh seekor langut manakala Sopian hot kali ani yang cuma mengasting saja telah pun kena strike kancang sekali tapi sayangnya putus.

TERACUN MENDALAK @ SG KELAKAS

Jumaat 21.10.2011 jam 5 petang... yang turun beraksi di Sg.Kelakas ialah Roy, Jaki dan Hj.Rahim tujuannya untok mengudang. Disebabkan keracunan uleh Hj Rahim lureh 2 ekor dalak, hasrat Roy dan Jaki kan mengudang dibatalkan namun tetap jua hot nda lureh dalak hehe...tahniah Hj Rahim.

Friday, October 21, 2011

BEGURUH+BEKILAT+HUJAN=BABY MJ MENGAMUK @ LSG

Khamis 20.10.2011 jam 7.30 malam-1 pagi... walaupun beguruh, bekilat dan hujan tidak mematahkan semangat untok memajal di lubok LSG. Antara yang turun beraksi kali ini Jaki aka Sangkar, Yahya aka Sangkak dan Madi aka Kembayau dan disusuli oleh Sofian aka Kuyan bertujuan untok merambat kembura sahaja. Setalah beberapa jam menunggu pancing akhirnya Jaki jua yang lureh seekor ungah manakala Yahya menaikan ikan kesili namun alum ada rezeki Madi kali ani, masih ada yang hot lagi ni... Tahniah Jaki dan Yahya.

Thursday, October 20, 2011

GURUH BERDENTUM MJ MENGAMUK @ LSG

Rabu 19.10.2011 jam 8 hingga ke 11.30 malam... Jaki bersama isterinya dan di susuli oleh Madi kemudian beraksi di lubok selipar gugur(LSG).
Walaupun keadaan cuaca yang kurang mengizinkan dalam keadaan berkilat plus beguruh plus hujan namun masih jua mencuba membottom dan pada waktu atu tah beberapa kali strike berlaku yang mana Jaki telah menaikkan 4 ekor ungah, 1 ekor kerapu dan 1 ekor kangbedu dan sebanyak 6 kali strike monster gagal diselamatkan yang berhasil memutuskan leader V.Fox 35lbs. Manakala Madi nda berhasil seekor pun menerima nasib malang terputus 1 kali, sabar saja geng... beedar tu nanti hotnya hehe...tahniah Jaki.

Tuesday, October 18, 2011

MENGUDANG GALAH NDA HOT @ SG PEKAN TUTONG

Ahad 16.10.2011 jam 8 pagi...Cpt Sofian aka kuyan dan Yahya aka sangkak turun ke sungai Tutong menggunakan perahu milik Cpt Sofian mencuba mengail udang galah kerana beberapa kali sudah membottom ungah malar saja hot namun kali ani Alhamdulillah... semua hasil diperolehi 74 ekor udang galah 1 ekor saja udang sauh dan 1 baung...tahniah Cpt Sofian dan Yahya baru ya belureh kamu atu...

Monday, October 17, 2011

MENOMANLAK LUREH PERAHU @ EPM

Sabtu 15/10/2011 jam 6.30 pagi... Operasi menomanlak kali ani menggunakan perahu milik Roy aka Marak disertai uleh Cpt Asat Albab dan Danan aka Labooh. Sebelum ops dijalankan satu tragedi berlaku yang mana perahu yang durang pakai telahpun terputus talinya semasa menurunkan ke air apalagi tarus tah perahu atu meluncur jauh dari tambing. Nda ada cara lain untok mengambil balik perahu atu terpaksa tah dicasting saja akhirnya Asat Albab berhasil jua menarik perahu tersebut ketambing, basar tu lureh Asat Albab hehe...Selepas atu baru tah ops diteruskan dan dalam beberapa jam operasi dijalankan disebelah paginya yang mana Roy berhasil menaikkan 2ekor dalak, Cpt Asat Albab pun berhasil jua menaikkan seekor dalak manakala Danan alum ada rezekinya cuma ugat (lepas) dan miscall saja.
Oleh kerana Operasi menomanlak dengan kaedah casting nda berapa memberangsang,l jam pun baru jua pukul 10 pagi dan cuaca lagi terlalu panas durang pun tarus tah tukar strategi membottom pun sama jua ceritanya langsung nda ada seekor toman pun yang sudi memakan umpan. Jam 1.30 petang...durang pun bertukat casting lagi dan baru jua beberapa minit, Danan berhasil menaikkan seekor toman manakala Roy dan Asat Albab cuma asyik2 ugat (lepas) dan miscall saja. Uleh kerana nda puas hati membottom, durang pun mencuba lagi yang mana Roy berhasil menaikkan seekor toman, nda lama selepas atu Asat Albab menaikkan seekor dalak dan baru tah giliran Danan lagi berhasil menaikkan seekor toman selalu last2 minit Danan ani..hehe... TAHNIAH semuanya..

Sunday, October 16, 2011

RAPALA & CULTIVA PIKAT MJ @ LUBOK LENA

Jumaat 14.10.2011 jam 8 pagi..Babah, Selin dan Labu turun ke lubok lena membottomcast menggunakan perahu milik Babah. Kali ani rapala tdd goldfish kepunyaan Babah memang menunjukkan belangnya dengan memperolehi 4 ekor ungah...hasil membottom cuma lureh 2 ekor sembilang 1 gelama dan kalikitok.
Sebelum durang balik akhirnya lure cultiva milik Labu telah pun disambar ungah. Uleh sebab panic inda sampat melock spoolnya, ungah tersebut membawa menyangkut di bakau...mau nda mau tepaksa tah Labu terajun menyelamatkan dan akhirnya berjaya jua ia menaikkan ungah 1.9 kg manakala Selin belum ada rezekinya, tahniah Babah dan Labu.

UNGAH BULAN MENGAMBANG @ LUBOK SELIPAR GUGUR

Sabtu 15.10.2011 malam...antara yang turun membottom di lubok selipar gugur Jaki, bininya, anaknya dan jua Yahya. Cuma Jaki saja belureh dengan seekor ungah saja pada kali ani namun mampu membari sakit kepala jua ni bagi yang hot haha...tahniah Jaki.

Saturday, October 15, 2011

BEKALANG PENGUBAT DAMAM @ DANAU

Jumaat 14.10.2011 jam 9.30 pagi...selepas balik dari airport, aku sama Bugul turun membottomcast di Danau dengan berumpankan udang hidup yang cuma $2 saja. Setelah sampai di di sana keadaan air baru naik pasang dan keadaan ujung Danau sudah pun dinaiki pasir namun kami masih mau mencuba jua. Rupa2nya Memet rakan sepemancingan sudah pun awal berada di sana namun belum ada hasilnya. Lebih menyedihkan lagi umpan yang kami bawa hampir kesemuanya mati cuma tinggal 3 ekor saja yang hidup, apa boleh buat teruskan tah saja kan membawai rasa damam ani hehe...cuma seekor bekalang saja yang berhasil dinaikkan uleh ku terubat jua damam cikit merasa karannya yang akrobatik sebanyak 3 kali nasib jua nda hot, sudah pun soo hot masa atu...sampai meleleh bah ingus haha...

Friday, October 14, 2011

KEMBAR SIAM LENGURAN AKA BABY GT @ BATU MUARA PUTUS

Khamis 13.10.2011 jam 6 pagi...salah seorang teman memancing kami Memet ingin berkongsi cereta mengailnya bersama rakannya Boy yang mana telah turun membottom di Batu Muara Putus. Memet berhasil dengan seekor ikan putih aka lenguran.
Manakala Boy pun berhasil dengan seekor ikan putih. Tahniah Memet dan Boy, terimakasih kerana sudi berkongsi pengalaman mancing bersama kami di sini.

Thursday, October 13, 2011

TERKARAN BARAB LAGI.....@ ULU TUTONG

Khamis 13.10.2011 petang...Danan aka Labooh turun membarab lagi di ulu Tutong setelah tekaran 4 ekor barab sebelum ani dan kini berhasil dengan 3 ekor barab lagi walaupun keadaan air nda berapa cantek, memang meracun dengan serigala sungai Danan ani...tahniah dengan racunnya atu hehe...

Wednesday, October 12, 2011

TERASA JUA KARAN SERIGALA SUNGAI @ ULU TUTONG

Selasa 11.10.2011 petang...Danan kembali beraksi dengan membarab di Ulu Tutong dan berhasil 4 ekor barab aka serigala sungai. 1st strike barab dengan menggunakan lure popper strike pro.
2nd strike barab belum lama lureh barab pertama manakala barab ke3 dan ke4 nda sempat digambar disebabkan battry hp lowbat, yang penting terasa jua karan 4 ekor barab kali ani geng...tahniah Danan.

Monday, October 10, 2011

MENOMANLAK TRANSFORM MEMBARRA @ LUBOK J

Ahad 9.10.2011 4 petang...Ebel kini kembali aktif turun cast setelah lama menyepikan diri dan kali ani turun bertujuan menomanlak di lubok J cuma berseorangan saja. Namun hajat kan cast dalak sama toman lain pulang yang kana seekor selunsong berat 7.2kg telah berjaya dinaikkan ulehnya menggunakan rapala xrap merupakan selunsong pertamanya selama bergiat dalam arena memancing ani. Tahniah Ebel, belesen selunsong sudah ni..ada yang sakit kepala ni hehehe.

1ST MJ VS YOZURI REDHEAD @ LUBOK PAK KEDAUN

Ahad 9.10.2011 9pagi..Boy Hensem turun mengasting di lubuk pak kedaun bersama dengan Labu..yang mana Boy Hensem belureh seekor ungah menggunakan lure yozuri redheadnya merupakan 1st lesen ungah baginya kali ani, tahniah Boy.

Sunday, October 9, 2011

DALAK CIKIT LAGI HOT...@ LUBOK.KUCHING

Sabtu 08/10/2011 jam 3.30 petang...Roy aka Marak sama Asat Albab mendalak diLUBOK KUCHING yang sudah sekian lama nda dikunjungi. Baru jua dalam beberapa minit casting Roy telah berjaya menaikkan seekor dalak. Belum jua lama selepas atu katak SPRO milik Roy memang heng kali ani kena strike uleh dalak dan berhasil lagi bagi dalak yang ke2.
Manakala Asat Albab sedikit lagi kan hampir2 hot sudah kan balik baru tah berhasil menaikkan 2ekor dalak...TAHNIAH Roy dan Asat Albab..

PENALAN MONSTER @ KERIAM

Jumaat 7-10-2011... Kejadian berlaku pada malam Sabtu Ansuri kawan sepemancing kami menghubungi Roy aka Marak pada jam 9.30 malam..yang mana seekor ular penalan monster berada dibawah kereta buruk yang tidak jauh dari mini reban ayam peliharaan Ansuri. Apalagi antara yang bergegas ke tempat kejadian iaitu Roy, Madi, Asat Albab, Sofian, Yahya dan Jaki yang pada masa atu sedang lepak di rumah Roy. Hasil kerjasama seramai 14 orang.. ular penalan monster berukuran 18 kaki tersebut akhirnya dapat di keluarkan. Tanpa membuang masa, semua yang terlibat mengambil kesempatan untok bergambar bersama ular tersebut...ANDA BERANI...!

Saturday, October 8, 2011

1ST LESEN BEBATIK HADIAH HARI JADI @ PERAIRAN PILONG

Jumaat 7.10.2011 jam 6 pagi...Babah,Boy Sangkut bersama 2 orang lagi dari team NSZ Hasnol dan Zul turun ke perairan Pilong tujuan kan membottomcast. Babah berhasil menaikkan seekor banau anggaran berat 2kg menggunakan halco rosta dan seekor bebatik merupakan 1st lesennya berat 6.9kg yang memakan masa selama 15 minit untok bertarung hasil dari membottom berumpankan udang mati saja.
Boy Sangkut lureh seekor umpak, seekor kalakitok dan seekor kerisi manakala Hasnol lureh kerisi saja. Tahniah Boy Sangkut, Hasnol dan Babah...belesen bebatik sudah ni hadiah untok hari jadi tah tu...

DIKESEMPATAN INI SAYA MEWAKILI MEMBER STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA BABAH SEMOGA DIPANJANGKAN UMOR, SEHAT WALAFIAT, SUKSES SELALU DAN DIMURAHKAN REZEKI DISAMPING KELUARGA TERSAYANG AMIN...

MEMBOTTOMCAST @ FERI DANAU

Jumaat 7.10.2011 jam 6 pagi...aku bersama Bebeh turun membottomcast di Danau disebabkan masih lagi berumbak terpaksa tah kami berpindah di jambatan Feri Danau saja. Baru jua dalam 10 minit berpindah di jambatan...Boy, BB dan 2 orang kawannya pun sampai dengan tujuan yang sama kan membottomcast jua. 1st strike aku cuma berhasil dengan seekor baby barracuda aka titir saja hasil dari cast menggunakan lure Rapala TD7. Bebeh berhasil dengan ikan ketambak, kalakitok dan ikan usus.
Manakala BB yang cuma membottom berhasil dengan seekor ikan putih aka kalakitok dan salah seorang kawan durang berhasil dengan seekor pari lalat.