Sunday, July 31, 2011

OPS MENOMANLAK TERUS AKTIF LAGI... @ EPM

Sabtu 30/07/2011 jam 07.00 pagi.....ops menomanlak diteruskan lagi di EPM menggunakan 2 buah perahu iaitu perahu milik Hj Musa yang disewa uleh Cpt Roy aka Marak dan Madi aka kembayau manakala yang sebuah lagi milik Sofian aka Kuyan sendiri yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Jaki aka Sangkar.Setelah ops dijalankan disebelah pagi...Jaki berjaya menaikkan 3 ekor toman.Cpt Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor dalak manakala Sofian cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Jam 12.30 tengah hari durang pun berehat disebabkan cuaca terlalu panas dan ada yang mengambil kesampatan untok membottom. Baru jua dalam beberapa minit membottom... Jaki berhasil menaikkan 2ekor toman dan ketinggalan jua Sofian yang pada paginya cuma ugat dan misscol kini berhasil menaikkan seekor toman berat 2.5kg serta 2ekor dalak. Manakala Cpt Roy dan Madi tidak berhasil dengan kaedah casting dan mengambil keputusan membottom saja yang mana Madi berhasil menaikkan 4 ekor toman cuma nda bergambar sajamanakala Cpt Roy cuma ugat (lepas) dan misscol saja...ada tah hotnya tu..hehehe..TAHNIAH kepada yang belurih tu..

SELAMAT PENGANTIN BARU

SAYA WAKIL DARI KELUARGA DAN MEMBER-MEMBER STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BEBEH DAN ISTERI YANG BERLANGSUNG PADA 29.7.2011 LALU SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KEAKHIR HAYAT AMIN.....

KEMBALI MEANDAPONG LAGI...@ BATU JERUDONG

Sabtu 30.7.2011 jam 6 pagi....Hj Pangan kini kembali aktif meandapong bersama 3 orang kawannya iaitu Azmi, Ahim dan Dini. Hj Pangan menaikkan seekor andapong dan seekor ketumbang manakala kawannya ada yang belureh kitang dan belais saja..tahniah Hj Pangan dan kawan2 atu belureh sudah tu geng..

Saturday, July 30, 2011

TDD PIKAT MAK JANDA CMERAH PADI @ SG BURUNG LEPAS

Jumaat 29.7.2011 jam 2 petang...Babah, Fadli dan Boy Sangkut turun di sungai Burung Lepas dan Junjungan bertujuan kan cast di sepanjang sungai atu. Misi mula2nya ialah menoman di Junjungan namun nada strikenya. Sambil cast kan menuju ke sungai Burung Lepas di sepanjang sungai Junjungan masih, durang nda melepaskan peluang mencuba cast siring2 bakau dan sampai kesatu spot yang mana spot atu memang tampat selunsong betapa, Boy telah pun dikejutkan dengan sambaran selunsong yang mega namun alum jua ia sEmpat bemain... line 15lbs terputus tia.. habis lah tdd Boy kana tapau..Durang pun meneruskan lagi misi seterusnya hingga menuju ke sungai Burung Lepas dan di sana tah Fadli menggunakan rapala tdd 11 berjaya memikat seekor ungah aka MJ(MAK JANDA CMERAH PADI) hehe....berat 1.9kg, tahniah Fadli.

HALCO TIGER VS MJ @ DANAU

Jumaat 29.7.2011 jam 5.45 petang....setelah selesai saja acara majlis perkahwinan anak buahku Bebeh...aku pun mengambil kesempatan mengasting di Danau secara solo dan berhasil dengan seekor ungah dengan menggunakan lure halco tiger.

DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL DARI MEMBER2 STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BEBEH SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KEAKHIR HAYAT AMIN....

Friday, July 29, 2011

NDA ADA YANG HOT NI... @ SUNGAI BUNGA

Khamis 28.7.2011 jam 10 malam....Rawe, Labu, Hensem Boy, Gulin dan Jumat turun membottom dan menganjun di Sungai Bunga lagi sehingga jam 5 pagi. Antara hasil yang diperolehi seperti ketambak, gerut2, gerunggong, langut, kalakitok, ketam suri dan ketam kalok. Hensem Boy lureh seekor ketam suri dengan kaedah membottom...Gulin berhasil dengan seekor kalakitok....Manakala Rawe lureh gerunggong hasil dari menganjun, Tahniah semuanya...nda ada yang hot ni...

BARAB HEBOH @ ULU BELAIT

Jumaat 22/07/2011 jam 8 pagi... Khairul aka Langkang yang begitu lama menyepikan diri sebab2 tertentu kini kembali semula mengaktifkan dirinya dengan aktiviti memancing bersama 3 orang kawan setugasnya yang telah membuat satu trip bermalam di hutan ulu Belait selama 3 hari 3 malam yang begitu betul2 mencabar sekali bermacam2 halangan yang dilalui demi untok menjejaki barab dan ikan2 lainnya. Setelah sampai ke destinasi terus tah durang membuat kem untok bermalam dan apabila semuanya sudah selesai apalagi Khairul pun terus menuju ke sebatang sungai dengan satu set castingnya manakala kawanya pun masing tah membawa diri mencari spot masing2. Baru jua dalam beberapa minit cast...masing2 tah berhasil menaikkan ikan barab, badus aka bujuk, baung dan lain2 ikan.


Ani saja yang sempat digambar disebabkan batery hp masing2 lowbat udah. Oleh sebab lure banyak menyangkut dan putus cuma yang tinggal beberapa jenis lure saja lagi yang ada...terpaksa tah Khairul mencari idea untok membuat lure sendiri menggunakan botol gas tambak yang sudah abis untok dibuat serupa dengan sesudu (spoon) dan tidak disangka2kan sesudu yang made in sendiri mendapat uleh barab, badus dan baung dalam 50 ekor tidak termasok uleh membottom siang malam bemacam jenis ikan yang berhasil seperti patihan, seluang dan 3 ekor kaloi.TAHNIAH semuanya..

Thursday, July 28, 2011

2 EKOR DALAK TUMPAS ULEH KOPPERS @ LUBOK KALBAT

Rabu 27.7.2011 jam 2 ptg....Babah turun secara solo di lubok kalbat yang mana hajat kan mengintai toman yang sering ugat dan putus di sana namun cuma seekor dalak anggaran 1 kg saja yang lureh dengan menggunakan katak kopppers. Jam 3 petang..Babah pun balik kerumah sekejap dan menyambung semula mengasting di kalbat kira2 jam 5.30 petang...kelurusan jua durang Birin, Bam, Boy, Hj Ali dan aku menyusul selepas atu. Cuma Babah saja yang belureh lagi dengan 1 ekor dalak yang mana menjadikan 2 ekor sudah ditewaskan petang atu..tahniah Babah

Monday, July 25, 2011

1ST LESEN TOMAN 4KG @ LUBOK "J"


Isnin 25.7.2011 pagi.... Sudah sekian lama Emi menyepikan diri dan baru kali ani kembali aktif lagi mengasting turun menoman bersama kawannya Komeng mencuba nasib di lubuk 'J'. Emi yang 1st time turun di lubuk J berhasil menaikkan seekor toman berat 4kg merupakan 1st lesen baginya tahun ani dengan mengunakan lure rapala x-rap redhead. Tahniah Emi jangan luan lama betapa atu..

Sunday, July 24, 2011

SP TAWAN 3 DALAK @ LUBOK KUYAD

Ahad 24.07.2011 jam 6 pagi... Jaki bercadang untok mencasting di batu Penanjong secara solo tetapi memandangkan di pantai berumbak, maka Jaki pun berpindah ke spot mendalak iaitu di lubok kuyad. Cuma dengan menggunakan lure sp saja Jaki lureh 3 ekor dalak, tahniah Jaki yang penting nda hot bah....

ALU-ALU AEROBIK PAGI @ BATU PENANJONG

Jumaat 22.7.2011 pagi... Jaki dah awal turun mengasting di batu Penanjong dan berhasil dengan seekor alu-alu aka barracuda...tahniah Jaki..atu syok meliat alu-alu aerobik pagi2 hehe.

Saturday, July 23, 2011

MENGUDANG GALAH SELEPAS JUNJUNG ZIARAH @ LUBOK MERANTI

Khamis 21.7.2011 petang...selepas saja terlibat dengan junjung ziarah di Daerah Tutong, Bugul dan Ajim turun memancing udang galah di lubok Meranti dan berhasil jua dengan beberapa ekor udang galah...syukur Alhamdulillah...ada jua menu special sudah balik rumah nanti hehe, tahniah Bugul & Ajim

Friday, July 22, 2011

RAPALA TDD PIKAT SIMERAH LAGI.. @ PERAIRAN JERUDONG

Rabu 20.7.2011 pagi...Babah, Boy Sangkut, Juki dan Din Lambong kali ani turun di perairan Jerudng spot GT. Lure popper milik durang berjaya memikat ikan2 putih di sana namun semua strike kebanyakkannya miss dan Babah ugat beberapa kali sampai ada yang putus mainline 10lbs. Setelah keadaan kembali sepi durang pun berpindah ke spot yang durang namakan lubok dinosaur dan di sana cuma Babah saja yang kena strike uleh juvenile MJ(ungah) dengan menggunakan rapala tdd hot tiger. Tahniah Babah...MR RAPALA

Thursday, July 21, 2011

MENDALAKDUS ADA HENG TU.. @ ULU TUTONG

Khamis 21.7.2011 jam 7 pagi...Kieong bersama Khalid mendalakdus di ulu Tutong yang mana Kieong berhasil dengan 4 ekor dalak dan seekor badus manakala Khalid alum ada hengnya kali ani, tahniah Keiong...ada heng bilakang bilakas tu....

LAMBONG2 LUREH IKAN BEDAGONG @ PILONG ROCK

Selasa 20.7.2011 jam 10 pagi... Babah, Boy Sangkut dan Din Lambong turun mengasting lagi menggunakan perahu milik Babah di Pilong Rock. Setibanya di spot yang dimaksudkan, tarus tah Babah mempop dan disambar uleh seekor banau tapi terlepas. Boy yang seterusnya mempop beberapa kali pun ampit kana sambar uleh banau namun terlepas jua. Tiba giliran Din Lambong yang baru 2 kali ikut ke laut sama jua dengan teknik mempop telahpun disambar uleh ikan putih merupakan 1st lesennya jua.."Lambong bukan sebarang lambong, lambong belureh lauk bedagong", pantun dari Din Lambong masa ia lureh ikan putih..Dalam pukul 12 tengah hari durang pun rehat dan berlaboh di pulau setelah ngalih mempop. Setelah cukup rehat, durang pun meneruskan lagi cast dan kali ani giliran Babah lagi kena strike uleh seekor lenguran menggunakan lure halco roosta gold..kali ani cuma 2 ekor saja mangsa pop cuma Boy Sangkut saja yang kurang bernasib baik, tahniah Babah dan Din Lambong...

Wednesday, July 20, 2011

CUBA-CUBA LUREH BABY KERAPU @ BATU PENANJONG

Rabu 20/07/2011 jam 5.30 petang.... Yus bersama kawan setugasnya Jal mencuba cast di batu pantai Penanjong dan berhasil menaikkan baby kerapu seekor seorang walaupun sekadar cuba2 namun berhasil jua syukur tah, rezeki udah tu...tahniah Yus dan Jal..

Tuesday, July 19, 2011

TDD GOLDFISH PIKAT SIPUTIH @ PERAIRAN JERUDONG

Isnin 18.7.2011 jam 2 petang...Babah dan Boy Sangkut kali ani turun mengasting di perairan Jerudong menggunakan perahu Babah. Banyak spot sudah pun dicuba namun langsung nda ada yang sudi menyambar lure durang. Last2 minit kan balik dalam jam 6 petang...durang mencuba di spot anguk2 dan di sana baru tah lure durang kena serang bertubi-tubi uleh lingkuh. Boy Sangkut yang bertarung dengan lingkuh aka alu2 monster selama 5 minit akhirnya mainline 10lb putus nda mampu bertahan. Manakala Babah kegemarannya memakai lure rapala tdd goldfish kena strike uleh baby GT aka ikan putih. Tahniah Babah, buleh dah di panggil MR RAPALA TDD ni hehe...

RENEW LAGI LESEN BARAB AKA SEBERAU @ ULU TUTONG

Isnin 18.7.2011 petang...Ahmad Popper yang sekian lama menyepikan diri kerana kesibukkan dengan kerja hariannya kini kembali aktif semula untok renew lesen barab untok tahun ani selesai saja dari bertugas di ulu Tutong. Ternyata belureh jua dengan seekor barab berat 1.1kg sudah cukup untoknya tersenyum setelah berhasil renew lesen barabnya, tahniah Ahmad..

OPS MEMBOTTOM MENJADI.. @ EPM

Ahad 17/07/2011 jam 7 pagi....operasi menomanlak di EPM seterusnya menggunakan perahu milik Sofian aka Kuyan yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Roy aka Marak yang mana Sofian berhasil menaikkan seekor toman 2x ugat (lepas) dan banyak kali misscol.Memandangkan acara casting kurang memuaskan durang pun beraleh kepada membottom yang mana baru jua beberapa minit membottom, Cpt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman, Sofian berjaya menaikkan 2 ekor toman manakala Roy betul2 kecundang kali ani...ada tah yang hot tu hehe..tahniah Cpt Asat dan Sofian..

Monday, July 18, 2011

MEMBULANLAKRAB LAGI @ SG KELAKAS

Ahad 17.7.2011 jam 5:30 ptg... Madi dan Jaki turun membulanlakrab di sg Kelakas disebabkan lama sudah nda mencuba di sana...Namun dalak dan barab dihajati nda kesampaian tapi bulan2 ada yang diperolehi uleh Madi dan 2x ugat bulan2 jua manakala Jaki cuma menjadi tukang gambar saja...hot lagi tu...Tahniah Madi.

KETAMBAK & UNGAH @ DANAU

Ahad 17.7.2011 jam 8 pagi...Kieong, Halim dan Khalid turun di sungai Danau dengan menggunakan perahu milik Khalid yang mana pembuka tirai Halim berjaya menaikkan seekor ketambak. Selepas atu Halim berjaya lagi menaikkan 3 ekor ungah dan Khalid pun berhasil menaikkan 4 ekor ungah cuma nda bergambar saja manakala Kieong alum lagi ada rezeki kali ani...Tahniah yang belureh atu..

Sunday, July 17, 2011

9 EKOR TOMAN 6 EKOR DALAK @ EPM

Sabtu 16.7.2011 jam 6 pagi..operasi menomanlak di EPM masih lagi aktif yang dianggotai uleh Cpt Asat Albab, Sofian aka Kuyan dan Madi dengan menggunakan perahu Sofian...Kali ani semua bernasib baik berhasil menaikan 9 ekor toman dan 6 ekor dalak kesemuanya yang mana Sofian berjaya menaikkn 4 ekor toman dan 1 ekor dalak, misscol 1x toman monster.
Cpt Asat Albab berjaya menaikkan 4 ekor dalak dan 2 ekor toman.Manakala Madi berjaya menaikan 3 ekor toman dan 2x ugat mama toman dengan mengunakan lure rapala magnum..tahniah semuanya yang penting nda ada yang hot bah...hehe..

Saturday, July 16, 2011

UNGAHSUS @ DANAU

Jumaat 15.7.2011 jam 11.45 malam...trip bemalam di Danau kali ani disertai uleh aku, Rawe, Labu, Gulin, Azmi dan Jumat. Pada malam atu langsung nda ada strike dan setelah subuh pancing milik Azmi kena strike namun ikannya berhasil melepaskan diri...alum ada rezeki lagi tu. Pada waktu siangnya... masing2 tah kami mengasting namun nda ada hasil jua. Pada jam 8.30 pagi..sekali lagi kail Azmi kena strike dan berhasil dengan seekor baby ungah saja.


Rawe yang menggunakan umpan slice ikan rumahan mati cuma berhasil dengan beberapa ekor ikan usus...manakala yang lainnya alum ada hasilnya.tahniah Azmi dan Rawe..

Friday, July 15, 2011

DALAK HARI KEPUTERAAN @ MERIMBUN

Jumaat 15.7.2011 jam 1.15 petang...Kieong turun mendalak solo di Merimbun ulu Tutong dan berhasil dengan seekor dalak saja 2 kali misscol...Tahniah Kieong.

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK

DIRGAHAYU KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEDUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
HAMBA DULI TUAN PATIK SEKALIAN MENYEMBAHKAN KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 65 TAHUN KEBAWAH DULI TUAN PATIK.
SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Thursday, July 14, 2011

MJ DOUBLE STRIKE @ SG BURONG LEPAS

Selasa 12.7.2011 pagi... kali ani Babah turun sama kawan lamanya Din Lambong yang baru berjinak2 mengasting dari sg Junjungan hingga ke sg Burong Lepas Bengkurong, yang mana hari sebelumnya Babah dan Raz sudah pun mencuba di sana dan banyak kali ugat ungah monster dan kali ani turun lagi kan appeal lah. Trip durang bermula di sg Junjungan bermula yang mana nada sambutan langsung. Pada jam 12 tengah hari durang pun berehat di bawah jambatan Junjungan sambil cast dan banyak kali ugat bulan2 sja. Setelah rehat..durang pun meneruskan misi di sg Burung Lepas memandangkan air yang cantik bergerak surut perlahan dan masa atu tah ikan2nya mulai frenzy. Din Lambong yang baru 1st tym mencuba cast menggunakan popper di kejuti dengan sambaran seekor selunsong anggaran dalam 4kg namun alum rezekinya setelah leader 4olb terputus setelah disebabkan terkena raba. Selepas atu baru tah giliran Babah lagi kena strike uleh seekor ungah dengan menggunakan rapala tdd fire tiger.

Sudah kan balik buat ke2 kalinya Din Lambong kana uji lagi uleh seekor ungah dengan menggunakan lure eupro minnow dan berjaya dinaikkannya sekaligus menjadikan 1st lesen ungah baginya kali ani. Tahniah Babah & Din lambong..

Wednesday, July 13, 2011

UNGAH SATU PAGI @ KUALA TUTONG

Selasa 12/07/2011 jam 1 pagi... Yus secara solo saja2 round dan meliat keadaan aing di Kuala Tutong tarus tah mengambil kesempatan untok mencuba cast malam. Baru dalam beberapa kali casting menggunakan lure trolly craf glow in da dark, nda disangka-sangka seekor ungah ada jua sudi strike lurenya. TAHNIAH Yus..casting malam pun boleh waa...jgn nda pecaya tooooh...

Tuesday, July 12, 2011

ANDAPONG VS KETUMBANG

Isnin 11.7.2011 jam 10 pagi....Hj Pangan turun lagi meandapong bersama kawannya Azmi di batu Jerudong yang mana Hj Pangan berhasil dengan seekor andapong manakala Azmi menaikkan seekor andapong dan seekor ketumbang cuma orangnya nda bergambar..Tahniah Hj Pangan & Azmi...syukur tah, ada jua rezeki atu...

UNGAH MALAM @ KUALA TUTONG

Ahad 10 /07/2011 jam 8 malam....Perahu milik Sofian aka Kuyan yang ditaja uleh Deep Blue Fishing sekali lagi membawa crew2 STA yang disertai uleh Cpt Asat Albab, Roy aka Marak, Madi aka Kembayau dan pemilik perahu sendiri turun di Kuala Tutong. Setelah beberapa jam membottom.. Madi berhasil menaikkan seekor ungah dan 1x putus.

Selepas atu giliran Sofian lagi berhasil jua menaikkan seekor ungah dan 1x putus. Manakala Roy berhasil menaikkan ketam dan seekor utik saja. Kali ani bukan nasib Cpt Asat yang langsung nda ada strike..alum ada rezeki katakan tu...TAHNIAH Roy, Madi dan Sofian.

BARAB TRANSFORM BAUNG @ LUBOK SAKIT KEPALA

Isnin 11.7.2011 jam 4.45 ptg..Danan turun membarab di lubok sakit kepala. Barab yang dihajati, baung pulang lureh dengan menggunakan bakau spinner flourescent . Tahniah Danan

Monday, July 11, 2011

LUREH TOMAN SAJA @ EPM

Sabtu 09/07/2011 jam 7 pagi... pemburu tomanlak bersiri masih lagi beroperasi di EPM menggunakkan perahu kepunyaan Roy aka Marak yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Jaki aka Bungkas. Setelah dalam beberapa jam operasi dijalankan, Roy berhasil menaikkan 2 ekor toman seekor dari padanya berat 2.3 kg.

Cpt Asat Albab pun berhasil jua menaikkan 2 ekor toman lureh mengasting dan membottom. Manakala Jaki malar ugat (lepas) dan miscall saja... alum tah ada rezeki tuh geng, tahniah Roy dan Cpt Asat..

SELUNSONG MENGAMUK LAGI... @ DANAU

Ahad 10.7.2011 jam 4 pagi...Bugul sudah pun berada di Danau dengan berumpankan udang hidup saiz king yang cuma dibeli $3 saja untok mengintai selunsong ternyata berhasil jua dengan seekor selunsong berat 6kg dan terpaksa bergambar sudah balik ke rumah disebabkan turun solo saja...
Dalam jam 8 pagi...Bugul pun balik dan dalam masa yang sama Rimi dan Dadih pun datang di Danau kan menyelunsong jua dan rezeki kali ani menyebelahi Rimi dengan seekor selunsong jua berat dalam 1kg lebih...Tahniah Bugul & Rimi...