Thursday, March 31, 2011

1ST LESEN IKAN AIR TAWAR @ BEBATIK KULAPIS

Khamis 31.3.2011 jam 5 petang... Shahreezam turun mendalak bersama Rawee di Bebatik Kulapis yang mana sudah berkali-kali mencuba dan kali ani barulah Shahreezam berhasil mendapatkan lesen ikan air tawarnya dengan seekor dalak, tahniah Zam...bukannya nda ada heng aing tawar tu...jangan nda pecaya...!

NINJA DALAK @ BUKIT UDAL

Rabu 30.3.2011 jam 7.30 pagi, Asmadi sekali lagi turun mendalak di Bukit Udal seorang diri saja dan belureh jua dengan seekor dalak.....

TOMAN2 VS DALAK1 @ EPM

Isnin 21.3.2011 jam 6 pagi....Asat Albab, Hj Pangan dan Danan aka Labooh turun menomanlak lagi di EPM. Setelah beberapa jam menjejaki tomanlak Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman dan sekali pertarungan yang hebat bersama toman monster dan suasana pun sunyi buat seketika cuma kedengaran bunyi drag spool Abu Garcia CARDINAL 504 ALBi saja masa atu. Dalam beberapa saat bertarung toman monster akhirnya berjaya melepaskan dirinya. Manakala Hj Pangan pun bejaya jua menaikkan seekor toman dan beberapa kali ugat (lepas) misscall.

Tidak ketinggalan jua Danan pun berjaya menaikkan seekor dalak dan beberapa kali misscall. Masa rehat tengah hari durang pun mengambil kesempatan membottom namun tidak berhasil, TAHNIAH Capt Asat Albab,Danan aka Laboh dan Hj pangan aka Piyambut..

Tuesday, March 29, 2011

MENYELUNSONG BERTUKAR MENDALAK @ BUKIT UDAL

Isnin 28.3.2011 jam 8 pagi..... secara solo Asmadi turun menyelunsong di Danau dan uleh kerana nada hasil disana, Asmadi pun beralih mendalak lagi di Bukit Udal pada jam 11.30 pagi dan berhasil dengan 2ekor dalak dengan menggunakan scum frog hitam saja, tahniah Asmadi.
Dalak 2nd strike pun sama menggunakan lure scum frog hitam.....

Monday, March 28, 2011

YU PARI VS PELAYAK @ PANTAI PASIR BEDENGUNG...

Ahad 27.3.2011 jam 1230 tengah malam, yang turun bermalam mensurf cast di pantai pasir bedengung kali ani cuma bertiga saja antaranya Madi, Majidi dan Imun... 1st strike jam 1 pagil, sekali lagi kail Imun telah pun di cuba oleh ikan monster yang memakan masa dalam 20minit untok bertarung tapi sayangnya terputus perambut disaat akhir petarungan. 2nd strike jam 2 pagi, kini giliran kail Majidi lagi kena cuba dengan ikan yu pari(parita) dan dapat ditewaskan oleh Majidi sendiri yang dianggarkan berat dalam 10kg lebih. Setelah lama menunggu nda ada strike, seperti biasa masing2 pun mengambil kesempatan berehat untok melelapkan mata sekejap dipondok dan cuma Madi saja yang masih berjaga. Semasa Madi hendak mencek umpan, tidak disangka rupa2nya kail Madi telah pun kena strike oleh pelayak monster yang menyebab main line dalam spol tica 10000 telah pun habis ditarik oleh pelayak tersebut dan disaat-saat akhir hendak menaikkan sekali lagi ikan dapat melarikn diri setelah perambut 40lb putus. Dalam masa yang sama kail Imun sekali lagi kena strike kali ke4 yang mana masa atu Imun sedang nyaman2 tidur, jadinya Madi pun tidak membuang peluang untok betarung dan akhirnya playak berat 3.8kg telah pun tewas di tangan Madi...Tahniah Majidi dan Imun yang siok Madi lah melayan sorang haha....

2 EKOR SEMBILANG SAJA @ DANAU

Ahad 27.3.2011 jam 8.30 pagi, walaupun keadaan di Danau masih lagi berumbak dan aing belum lagi canteek namun Asmadi masih lagi memajal turun membottom kan mengintai selunsong. Cuma 2 ekor sembilang saja yang diperolehinya...nda apa lureh jua sudah tu...tahniah Asmadi

TOMAN MIMIT SAJA...@ EPM

Ahad 27.3.2011 jam 10 pagi...walaupun sudah keakhiran namun Boy Sangkut bersama Shahrezam dan Syahrawee tetap menomanlak jua menggunakan perahu yang disewa oleh Chong. Syahrawee belureh 1 ekor toman menggunakan lure scum frog hitam.
Manakala Boy Sangkut lureh 1 ekor toman jua menggunakan lure birik-birik beracunnya. Kali ani bukan rezeki buat Shahreezam yang cuma mizcol saja....sabar saja dulu ada tu nanti, bukannya nda ada heng ikan air tawar tu...hehe..tahniah Rawee n Boy.

POPPER YOZURI TAWAN BARAB @ SG KELAKAS

Sabtu 26.3.2011 jam 5 petang, Madi turun cast di sg Kelakas sorang diri mempertaruhkan lure popper Yozuri sebagai pengintip upahan untok menjerat apa saja jenis ikan yang terdapat di sg Kelakas dan berhasil menawan seekor barab, tahniah Madi.

Sunday, March 27, 2011

MENOMANLAK BERSAMA MEMBER CASTER DARI MIRI @ EPM

Sabtu 26.3.2011 jam 8 pagi, trip menomanlak kali ini bersama member caster dari Miri iaitu Heirol dan Asrol saja manakala dari KB iaitu Hidayat dan Awangku saja yang berkesempatan mengikuti trip kali ini menggunakan perahu milik Bob. Walaupun kami kehujanan semasa di EPM namun masih jua meneruskan menomanlak. 1st strike, Heirol berhasil menaikkan seekor toman. Belum lama selepas Heirol menaikkan toman baru tah aku berhasil menaikkan seekor dalak menggunakan mr green Koppers frogieku...yang lainnya cuma miscol saja..
Pilot Bob, Heirol(cap merah), Hidayat(baju orange) dan Awangku(baju putih) manakala aku sama Asrol duduk di depan perahu saja.

POPPER ZEREK VS BARAB @ ULU TUTONG

Sabtu 26.3.2011 petang, Danan turun membarab secara solo di ulu Tutong dan baru beberapa minit cast menggunakan popper zerek telah pun berhasil menaikan seekor barab anggaran berat 500grm yang mana keadaan air masih lagi dalam disebabkan hujan saja..yang penting merasa udah karan barab yang sekian lama nda dirasai hehe..TAHNIAH DANAN

MENDALAK @ LUBOK CIRCLE

Sabtu 26/03/11 jam 5.30ptg, Asmadi sama Bugul mencuba mendalak di lubok yang baru dijumpai dan durang namakan lubok circle memandangkan luagan atu bulat. Cuma Asmadi saja yang belureh 2ekor dalak saiz S dan 2x ugat.
Manakala Bugul cuma ugat dalak bersaiz M yang gugur di rumput dan tarus melarikan diri hehe...sabar saja Bugul..

Saturday, March 26, 2011

3 EKOR ANDAPONG, 1 EKOR UNGAH DAN 4 EKOR SEMBILANG @ DANAU

Jumaat 25.3.2011 5.30 pagi..Hj Pangan turun meandapong dan cast bersama 2 orang kawannya Azmi dan Danan kn cast n andapong. Hasilnya Hj Pangan lureh seekor andapong.
Manakala Azmi seekor andapong, 2 ekor sembilang dan Danan seekor andapong, 2ekor sembilang dan seekong ungah..pukul 4ptg durang pun balik..Tahniah Hj Pangan dan kawan atu

Friday, March 25, 2011

YU PARI MONSTER @ PANTAI PASIR BEDENGUNG

Khamis 24.3.2011 malam...antara yang turun bermalam mensurf cast di PANTAI PASIR BEDENGUNG terdiri dari Majidi, Madi, Jaki dan Imun bersama dengan 2 orang juniornya lagi. Pada jam 11 malam, pancing Imun telah kena strike dengan tarikan yang ganas dipercayai ikan monster menyebabkan kail surf Imun melantur macam C. Mula-mula Majidi mengambil kesempatan untok melayan tarikan ikan tersebut disebabkan ngaleh terpaksa tah pass lagi arah Madi tetapi sayangnya ikan berjaya melepaskan diri disebabkan hooknya patah. Setelah lama menungu tidak ada strike, masing2 pun mengambil masa untok berehat di pondok yang telah di buat oleh Majidi. Pada subuh jam 1 pagi, masing-masing pun sibuk kan mengganti umpan, oleh kerana kelalaian tidak disangka, rupa2nya kail Majidi telah pun hilang hanyut ditarik oleh ikan dan pada masa yang sama kail Imun sekali lagi menerima strike hebat dan kali ani dilayan oleh Junior Imun pada mulanya dan selepas atu Majidi lagi mengambil alih kerana junior Imun tidak mampu melayan disebabkan tarikannya terlalu kencang. Tidak lama kmudian kail berpindah tangan lagi kepada Jaki dan setelah lama bermain Jaki pun nda sanggup lalu dibagi kail tersebut kepada Madi apalagi berhempas pulas lah kan menaikknnya dan akhirnya yu pari berat 11 kg pun berjaya ditewaskan, tapi tidak disangka2 bukan kail Imun yang mengena tetapi kail Majidi yang hanyut sebenarnya yang hookup disebabkan main line Imun bekulut dengan batu kail Majidi.... apa-apa pun tahniah kepada semuanya yang berkerjasama menewaskan yu pari monster atu....baru ya pancing beganti-ganti "JANGAN NDA PECAYA TU..."

SNOWHITE SCUMFROG PIKAT DALAK @ SG KELAKAS

Khamis 24/03/2011 jam 5.30 petang.... Kiong aka Sabat, Hj Rahim aka Mantun dan Asat Albab mengambil kesempatan mendalak di sg Kelakas. Baru jua beberapa minit cast Hj Rahim telah berjaya menaikkan seekor dalak yang tertipu oleh scumfrog snowhitenya 1x ugat (lepas) 1x miscall. Kiong yang berkali2 sudah turun memajal cast bulan2 masih jua kecundang alum ada rezeki lah tu hehe..Manakala Asat Albab nda cast cuma meliat dan jadi juru gambar saja hehe..TAHNIAH Hj Rahim aka Mantun..

Thursday, March 24, 2011

MR BROWN KOPPERS FROGIE MENGGANAS LAGI....@ LUBOK TERATAI

Rabu 23.3.2011 jam 5 petang, aku sama Babah turun mencuba lagi menomanlak di lubok teratai kali ani aku menggunakan cHitam Koppers frogieku yang baru bagi menggantikan tempat Mr Green buat sementara yang sudah menawan 2 ekor toman dan 1 ekor dalak. Namun chitam kopper ku terkorban arah kayu nasib jua bukan Mr Greenku yang menyangkut hehe...Babah menggunakan Koppers frogie warna coklat berjaya menawan seekor dalak.
Selepas cHitamku menyangkut aku beraleh kefly lagi dan berhasil jua dengan seekor karok saja, tahniah Babah KOPPERS sudah ada maju sikarang wah......

Wednesday, March 23, 2011

MR GREEN KOPPERS FROGIE MENGGANAS @ LUBOK TERATAI

Selasa 22.3.2011 jam 5 petang, aku turun menomanlak lagi di lubok Teratai dengan berbekalkan lure KOPPERS frogieku warna hijau lagi yang sudah sedia untok bertempur. Baru jua dalam 3 kali cast, seekor toman berat 2kg telah berjaya ditawan oleh MR GREEN KOPPERS frogieku lagi dan selepas atu baru tah Babah sampai join menomanlak jua...
Sudah bergambar, toman tersebut dilepaskan semula ketempat asalnya.....Kira-kira 15 minit selepas atu, sekali lagi MR GREEN KOPPERS ku berjaya menipu seekor dalak yang mana pada mula-mulanya mizcol saja sebanyak 2 kali...dan belum jua lama selepas atu, seekor dalak monster ku pikir toman pada awalnya telah menyambar MR GREEN KOPPERS ku dengan rakus dan sempat membawa tersangkut di teratai sehinggakan aku terpaksa menunggu beberapa ketika untok memastikan mangsa keluar dari teratai tersebut namun belum jua ia mahu mengalah. Sudah hatiku nda sabar menunggu, terpaksa tah aku mencuba untok menarek tali sulam ku perlahan-lahan dengan tangan ditakuti putus dan akhirnya mangsa tersebut pun terlepas dari sangkut dan mangsa bertindak agressif lalu dengan tangkas tarus tah ku lawan balik sehinggalah berjaya ditewaskan rupa-rupanya seekor dalak berat dalam 1kg lebih, puas jua hati lure Koppers ku berjaya menawan seekor toman dan 2 ekor dalak kali ani manakala Babah cuma terlepas saja...2 ekor dalak berjaya ditawan oleh MR GREEN KOPPERS Frogie ku....MR GREEN KOPPERS FROGIE pembunuh upahan yang sudah berhasil menjerat toman dan dalak...

Tuesday, March 22, 2011

TARGET TOMAN LUREH DALAK @ EPM

Selasa 22/03/2011 jam 06.30 pagi, operasi menjejaki tomanlak di EPM diteruskan lagi yang diketuai uleh Capt Asat Albab disertai uleh Hj Pangan aka Piyambut dan Asmadi. Setelah sampai di EPM operasi menjejaki tomanlak pun diteruskan seperti biasa dan dalam beberapa jam operasi dijalankan Capt Asat bejaya menaikkan 2ekor dalak.
Asmadi pun berhasil jua menaikkan 3ekor dalak memang ada heng sudah tapi arget mula2 Asmadi memang mau menaikkan toman tetapi nda kesampaian sekali gus kan membuat lesen toman cuma ugat (lepas) miscall saja.
Nda ketinggal jua Hj Pangan pun bejaya menaikkan 2ekor dalak dan percubaan membottom tidak berhasil walaupun Hj Pangan sebelum ani mahir dalam bidang membottom,TAHNIAH Capt Asat Albab,Asmadi dan Hj Pangan..

Anitah tempat lubok dalak di EPM awas rumput bergerak yang boleh memerangkap perahu anda.

KOPPERS FROGIE VS TOMAN @ LUBOK TERATAI

Isnin 21.3.2011 jam 5.30 petang, selepas saja balik dari bertugas aku, Babah dan Gulin turun membulan di kg Parit tapi disebabkan air macam T C terpaksa tah kami berpindah spot iaitu di Lubok Teratai dengan tujuan menomanlak lagi walaupun hujan turun dengan lebat namun masih jua kami memajal. Babah yang telah sampai dulu dari kami belum jua ada strike. Kali ani aku mempertaruhkan lure katak Koppers frogie yang baru ku bali dari kedai Lun fishing Bengkurong yang sama jua digunakan oleh Babah. Dalam beberapa kali cast, Koppers Frogie telah disambar sebanyak 3 kali namun semuanya mizcol saja dan setelah atu nda lagi ada strike lalu aku pun berpindah tidak jauh dari tempat mula2. Baru jua membuat sekali cast lure ku kena strike uleh toman tapi sayangnya terlepas dan ku cast lagi buat kali kedua ternyata masih jua sudi menyambar lureku. Akhirnya pertarungan yang memakan masa selama 5 minit membuahkan hasil dengan seekor toman berat 1kg lebih sekaligus memperbaharui lesen tomanku tahun ani walaupun pada mulanya toman tersebut berjaya mengeluarkan tali sulam 14lbs RAPALA TITANIUM yang sudah ku ketatkan sehingga tersangkut arah teratai. Macam toman bertanduk uleh hook Koppers frogie ku...ani baru ya solid hookup.....Lure katak upahan baru ku Koppers Frogie dan baru CHIJAU ku turunkan sudah mendatangkan hasil seekor toman sekaligus renew lesen tomanku tahun ani...

TRIP MENDALAK LAGI BERSAMA LABUAN CASTER @ MUARA

Ahad 20.3.2011 jam 8 pagi, hari ke3 kami sempat lagi turun mendalak di Muara sebelum member dari Labuan membeli tiket ferri untok balik.
Hasilnya Mizlan menaikkan seekor dalak dan banyak kali mizcol, Pak Majeed pun berhasil dengan seekor dalak pun sama berkali2 mizcol manakala aku sama Redzuan cuma ugat aka terlepas saja...Thumbsup, rasa puas jelas terukir dengan senyuman Pak Majeed dan Mizlan..sebelum berangkat pulang pada jam 4.30 petang.

"MISSION ACCOMPLISHED" kalau ada masa dan rezeki lain hari datanglah lagi.......Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan kekurangan layanan kami sepanjang berada di Brunei. Jangan tak percaya anda pasti akan datang lagi nak nasi katok hehe....

Monday, March 21, 2011

TRIP JELAJAH BARAB BRUNEI BERSAMA LABUAN CASTER @ ULU NYAMOKNYING

Jumaat 18.3.2011 jam 2ptg, member caster dari Labuan iaitu Mizlan, Pak Majeed dan Redzuan telahpun sampai di terminal Feri Muara. Ini adalah kunjungan kali ke3 bagi durang dan kali ani trip kami ke ulu Tutong bertujuan untok membarab dengan menggunakan 3 buah kereta pacuan 4 roda kepunyaan Kiong, Khalid dan Halim. Antara yang turut trip membarab kali ani aku, Asat Albab dan Madi.
Sebelum kami berkumpul di Lamunin sempat lagi aku membawa Labuan caster ani makan nasi katok dulu yang sudah lama di idam2kn oleh durang ani....tercapai jua hasrat makan nasi katok di Brunei hehe.... Dari kiri Asat Albab, Mizlan, Redzuan, Halim dan Pak Majeed bergambar sebelum memulakan XPDC kami.Khalid sedang mengemas barang di belakang kereta pacuan 4 roda miliknya dan memeriksa kalau2 ada barang yang tertinggal...Sebelum masuk ke ulu kami terlebih dahulu melapor diri di pos kawalan.Jam 4 petang kami pun bergerak ke Lamunin dan jam 5 petang kami pun sampai di tempat berkumpul yang mana Asat Albab, Madi, Kiong, Khalid dan Halim sudah pun berada di sana dan setelah atu kami pun bertolak menuju ke ulu Tutong dan sampai di sana pada jam 6.30 petang yang memakan masa 1 jam setengah untok sampai. Setibanya di sana Pakmajeed, Mizlan dan Reduan tak sabar2 kan mengambil kesemptan mencuba cast walaupun hari sudah gelap namun nda berhasil.
Malamnya kami cuma sembang2 sambil menikmati makan malam hidangan yang disediakan oleh Chef Wan dalam tin hehe....jauh tu sampai ulu Tutong bah promo makanan dalam tin ani hehe.... Pada keesokkan harinya 19.3.2011 jam 6 pagi kami pun dah siap sedia untok bertempur tetapi disebabkan hujan lebat turun dengan lebatnya semalaman, air sungainya sudah pun naik tinggi terpaksalah kami berpindah kespot seterusnya dan nampaknya airnya tak berapa tinggi dan memberikan harapan tinggi kepada kami untok terus berjuang membarab terutamanya kepada member kami dari Labuan Castersdan membarab pun bermula....Di sinilah bermulanya perjalanan kami meredah menuju ke perkarangan sungai yang mampu kami jelajahi setelah paras air sungai utamanya dinaiki air. Hasil barab pertama yang diperolehi uleh Asat Albab dengan menggunakan spinner buah Bakau memang mujarab....Hasil barab ke2 Kiong pun berhasil dengan menggunakan spinner buah Bakau juga....Akhirnya kedua-dua hero Labuan masing2 memperolehi seekor barab dengan menggunakan sesudu ABU ISLAND yang mana Pak Majeed terlebih dahulu memperolehinya dan selepas atu baru tah Mizlan manakala Redzuan cuma merasakan strike barab buat seketika saja sebelum barab berjaya melepaskan dirinya.Semasa dalam perjalanan balik akhirnya spinner milikku berhasil juadengan seekor baby barab jua... Mizlan meredah sungai sambil memegang sebatang kayu untok memastikan tempat yang dilalui tah dalam sangat.Sebelum kami balik sempat lagi kami mengambil kesempatan untok bergambar ramai.. Dalam perjalanan balik nda disangka2 rupa-rupanya kawasan kampung Benutan tempat yang kami lalui semasa masuk ke ulu sudahpun kebanjiran disebabkan hujan semalaman sampaikan penduduk kampung tersebut terpaksa menggunakan perahu, nasiblah kereta yang kami gunakan tinggi, kalau nda terpaksa tah bermalam lagi menunggu air surut lagi....Tahniah Mizlan dan Pak Majeed tercapai juga hajat tu... Terimakasih buat Khalid, Kiong dan Halim yang sudi memberikan perkhidmatan pengangkutan pacuan 4 roda bagi melancarkan lagi perjalanan kami sepanjang berada di ulu Tutong tanpa durang ani kami takkan sampai membarab di ulu...