Sunday, February 27, 2011

BASSRAT BERACUN MENYANGKUT @ LUBOK MENANTI SCUM

Jumaat 25.2.2011 jam 5 ptg, Roy aka marak mendalak secara solo di lubok menanti scum yang mana berhasil menaikan sekor dalak saja miskol sekali namu kali ani Roy terpaksa mebiarkan lure bass rat beracunnya tido di pohon simpur disebabkan menyangkut hehe....tahniah Roy

3 EKOR DALAK TUMPAS @ LUBOK MENANTI SCUM

Khamis 24-2-2011 jam 5:30 ptg, Roy aka Marak kali ani turun mendalak secara solo di lubok menanti scum selepas dari bertugas yang sudah sekian lama nda dikunjungi uleh durang. Lure scum frog bassrat jadi taruhan dan membuahkan hasil 3ekor dalak, tahniah ROY...
buntak jua M DALAK bukan M16 tu....hehe..

Saturday, February 26, 2011

MENDALAKELIDANG @ SG KELAKAS

Khamis 24.2.2011 petang, antara yang turun mendalakelidang di Sg Kelakas iaitu di bilakang rumah Zaki ialah Asat Albab, Kiong, Ronie, Hj Rahim dan Zaki. Kiong berhasil dengan udang galah sambil bergaya macam aku di bilakang birakas hehehe...

Manakala Hj Rahim berhasil dengan seekor keli aka leleh pun nda mau2 ketinggalan begaya jua kan bergambar haha, tahniah yang belureh atu....

MENGUDANGLAK @ SG KELAKAS

Sabtu 26.02.2011 jam 4.30 petang, antara yang turun beraksi mengudanglak Hj Rahim, Jaki, Madi, Roy, Asat Albab, Kiong dan Ronie di sg Kelakas. Roy berhasil menaikkan 1st lesen udang dan Hj Rahim hanya belureh 1 ekor dalak sahaja. Tahniah Hj Rahim dan Roy..

TOMANLAK MERDEKA KE27 @ EPM

Rabu 23/02/2011 jam 06.30 pagi, sempena sambutan hari kebangsaan negara kita yang ke27 Asat Albab, Hj Pangan dan Danan mengambil kesempatan untok menomanlak di EPM kebetulan jua hari kelepasan awam. Danan aka Laboooh berjaya menaikkan 2ekor dalak seekor toman sambil bergaya dengan hasil yang diperolehi hehe.... Manakala Capt Asat Albab pun berjaya menaikkan seekor toman sambiil bergambar lagi tu....dengan gaya tersendiri hehe....
Hj Pangan aka Piyambut 2x ugat (lepas) toman monster dan beberapa kali miscall dan setelah acara membottom memang nda dapat dilawan Hj Pangan ani, berhasil menaikkan 3ekor toman....jangan nda pecaya hahaha...Danan dan Capt Asat Albab cuma ugat (lepas) saja...TAHNIAH Capt Asat Albab,Danan aka Laboooh dan Hj Pangan aka Piyambut..

KEJUTAN BUAT ZAKI @ RUMAH ZAKI

Khamis 24.02.2011 adalah hari kenangan buat Zaki yang mana hari jadinya telah diraikan oleh member-member STA dengan mendadak di rumahnya sendiri walaupun tarikh lahirnya sudahpun berlalu pada 20.2.2011. Sambutan tersebut diraikan dengan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Zaki sendiri yang dirancang selepas saja balik dari mengasting. Dengan tulus ikhlas Zaki ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat pada masa atu antara yang memeriahkan dimajlis yang serba ringkas Kiong, Asat, Ronie, Hj Rahim, Madi dan Roy. SELAMAT HARI JADI BUAT ZAKI SEMOGA PANJANG UMOR DIMURAHKAH REZEKI DISAMPING KELUARGA YANG DISAYANGI AMIN......!

Thursday, February 24, 2011

UNGAH MERDEKA KE27 @ KUALA TUTONG

Rabu 23.2.2011 pagi, kebetulan hari kelepasan awam bagi sambutan hari kemerdekaan negara kitani yang ke27 Emi dan kawan2nya mengambil kesempatan untok memancing di Kuala Tutong walaupun keadaan air yang macam TEA C Kaw namun tetap jua memajal dan akhirnya Emi berhasil dengan lesen ungah merdeka, tahniah Emi...

DALAK MERDEKA @ LUBOK TEPUROK

Rabu 23.2.2011 jam 3.30 petang, aku turun bersama Ahmad popper, Mas Rawi, Neejam dan Gulin di Lubok Tepurok yang sudah lama kami nda jelajahi dan setibanya di sana keadaan air masa atu dalam disebabkan hujan turun semalaman dan cuma di sekitar luar saja yang dapat kami explore. Ahmad Popper seawal percubaan menggunakan spinner janggut sudah pun berhasil menaikkan seekor dalak sampaikan dalak atu cedera parah di bahagian kepalanya dan terpaksa dibawa balik saja.
Kebetulan semasa masuk kedalam, kami kejumpahan sama Khairul aka Langkang mendalak jua bersama seorang kawannya di sebelah sungai dan berhasil jua seekor dalak.
Selepas atu Mas Rawi akhirnya belesen dalak tah jua setelah membuat percubaan dengan spinner janggut yang cuma terkena dibahagian bawah mulut dalak atu sekaligus memerdekakan Mas Rawi menjadi Abang Rawi hehe....
Dalam masa perjalanan kan balik menuju kekereta sekali lagi Abang Rawi belureh seekor dalak menggunakan spinner janggut merah setelah spinnernya yang mula2 patah bekas kena strike dalak yang mula-mula membuatkan dalak yang ke2 baginya kali ani...manakala aku, Neejam dan Gulin alum bernasib baik cuma misscol saja...tahniah Abang Rawi dan Ahmad Popper...

MENGKELIDANGLAK TYM MERDEKA @ SG KELAKAS

Rabu 23.02.2011 jam 4 petang, Hj Rahim aka mantun dan Roy aka marak turun lagi di Sg.kelakas dan kali ani Hj Rahim berhasil lagi menaikkan 4 ekor udang galah, seekor ikan keli dan 1 ekor dalak kaedah casting dan Roy juga berjaya dengan 1 ekor dalak... tahniah Roy dan Hj Rahim.
Keli aka Leleh yang diperolehi oleh Hj Rahim, salai sodap tu.....

MEMANCING MALAM KESUBUH MERDEKA @ SG KELAKAS

Selasa 22.02.2011 malam, trip bermalam di Sg Kelakas disertai oleh Hj Rahim aka Mantun dan Ronie aka Sintak saja yang bermula pada jam 8 malam hingga 3.30 subuh. Ronie dengan kaedah berumpan berhasil dengan 6 ekor udang galah, 1 baung dan 1 bulan2. Manakala Hj Rahim mendapat 12 ekor udang galah dan 1 ekor patihan.. Tahniah Ronie dan Hj Rahim, atu memajal sampai bemalam bah....atu baru semangat merdeka hehe..

3 EKOR DALAK TUMPAS @ KG LAYONG

Ahad 20.2.2011 jam 6 pagi, kali ani Sofian dan Kwang(deepblue) mencuba mengasting di Kg Layong tujuan kan mendalak ternyata seawal cast Kwang sudah pun berhasil menaikkan 2 ekor dalak manakala Sofian lureh 1 ekor dalak tapi sayangnya nda sempat begambar. Tahniah Kwang dan Sopian.

Wednesday, February 23, 2011

ARTIKEL BARAB BRUNEI DARUSSALAM @ MAJALAH SIRIP BULAN FEBUARI BIL:113

Terimakasih kepada Editor Majalah Sirip Malaysia yang sudi memuatkan artikel saya dalam Majalah Sirip bulan Febuari Bil:113 terutama buat Halimi Hanip yang memberi peluang kepada saya untok berkongsi cerita tentang aktiviti memancing kat Brunei dan terimakasih juga buat semua yang terlibat...baru kemarin 22.2.2011 majalah ini datang kat Brunei.....

Monday, February 21, 2011

MENJELAJAH BARABDUS @ ULU TUTONG

Ahad 20.2.2011 jam 6 pagi, aku bersama Asat Albab, Kiong dan Roy menjelajah ke ulu Tutong iaitu Nyamoknying menggunakan kenderaan rasmi STA pacuan empat roda milik Kiong dengan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam disebabkan hujan yang membuatkan jalan bertambah teruk dan licin maklumlah jalan balak katakan...
Sesampainya dispot pertama kelihatan keadaan air sungai yang keruh dan dalam tidak melemahkan semangat kami untok terus mencuba"alang-alang menyeluk pakasam, biarlah sampai kelengan" menyusuri sungai adalah jalan terbaik bagi memudahkan kami sampai kelubok barab namun percubaan kami semuanya gagal mendapati apa yang dihajati...

Setelah atu kami pun berpindah spot ke2 walaupun sungainya kecil namun struktur yang berbatu dan keadaan air yang jernih membuatkan kami bersemangat kembali untok terus mencuba dan akhirnya berhasil jua aku dengan 2 ekor badus aka bujuk ditempat yang sama menggunakan SP GRUB beracunku lepas bergambar, badus tersebut dilepaskan semula dan pada masa yang sama kelihatan jua Kiong dari jauh menaikkan barab dan dilepaskan semula ketempat asalnya....Asat Albab yang dulu masuk kedalam menyusuri sungai sebelum aku sama Kiong sampai sudahpun belureh 3 ekor barab dan yang seekor sudahpun dilepaskan semula ulehnya...manakala Roy masa atu nda sanggup ikut kami meredah sungai, terpaksa berehat berdekatan tempat kereta Kiong parking cuma mengasting disekitarnya saja dan cuma misscol dan ugat.
Setelah aku sama Kiong sampai arah Asat Albab sempat lagi ku bergambar dengan view yang canteeek.... terdapat 2 cabang anak sungai di belakangnya dan ditempat anitah barab mimit yang ku lureh menggunakan spinner.
Kiong memang ada heng kali ani dengan menggunakan spinner buah warna merahnya ia belureh 8 ekor barab walaupun damit namun terubat jua rasa ngaleh bejalan dengan boot yang mengandungi air didalamnya hehe....ada heng tu spinner Sabat...
Dalam perjalanan balik percubaanku nda sia-sia menggunakan spinner buah merah milik Kiong berhasil dengan seekor badus lagi...sampaikan aku berandam arah air untok melegakan kepanasan sebelum hujan lebat turun membasahi kami....Syok jua trip kali ani walaupun barab monster inda diperolehi disebabkan spot sebenarnya dinaiki air dalam dan kabut macam TEA C setelah hujan melanda namun kami berpuas hati jua dapat melihat panorama alam semula jadi hutan dan hidupan liar yang jarang sekali dilihat hingga dapat menghilangkan kepenatan kami walaupun dalam 6 jam kami berjalan menyusuri anak-anak sungai tersebut sampaikan makan tengah hari pun kami terlupa hehe......Tahniah Kiong, lu memang heng macam bilakang birakas dapat 8 ekor barab hehe.....dan Asat Albab master IRONMAN di hutan tapi sudah di dalam kereta tekrim jua batis atu hehehe....apa kurangnya aku jua tekrim kepala tuhut masa kan sampai di kereta haha....Mr Roy...u veli hot tauuu.....sampai bersantai dibawah payung macam orang kan bedagang keke...Nyamoknying.....! kami pasti akan datang lagi..

SEKONG DALAK GANYA...@ LUBOK HANYUT EPM

Isnin 21.2.2011 jam 4ptg, Hj Pangan turun menomanlak bersama 2 orang kawannya di lubok hanyut EPM dan cuma seekor dalak saja yang naik, 2kali ugat...Tahniah Hj Pangan.

Saturday, February 19, 2011

LESEN BARAB ASMADI @ SG KELAKAS

Sabtu 19.2.2011 jam 8 pagi, Asmadi turun mendalak di sg Kelakas secara solo dan beberapa kali sudah cast namun nda ada dalak yang sudi strike. Tiba2 teliat ada satu sambaran dipermukaan air yang nda jauh dari tempatnya cast yang difikirkannya bulan-bulan tarus tah ditukarnya lure popper eupro yang baru dibelinya dan baru beberapa kali cast tarus tah kena strike, rupa2nya seekor barab..Alhamdulillah akhirnya belesen jua barab tahun ani...tahniah Asmadi..

SURE HEBOH MENDALAK @ LUBOK LUGON

Sabtu 19.2.2011 jam 2 petang, satu misi mendalak beramai-ramai yang disertai oleh Asat Albab, Kwang, Kiong, Roy, Hj Rahim, Hj Pangan dan Supian. Hasilnya Roy lureh 7 ekor dalak, Hj Rahim lureh 2 ekor dalak, Supian lureh 1 ekor dalak, Hj Pangan lureh 1 ekor dalak, Asat Albab lureh 1 ekor dalak dan Kwang target dalak tapi belida yang mengena manakala Kiong cuma ugat dan putus oleh dalak monster....jangan nda pecaya tu....hehe..Hj Pangan dan Asat Albab penuh bergaya dengan dalak masing-masing hehe...Tiru gaya macam saya...tu lah yang dikatakan oleh Asat Albab hihi......Anitah tah caster-caster terlampau sebelum balik sempat lagi bergaya dengan posing masing-masing..ANDA BERANI...????? Tahniah semuanya yang belureh atu....

MAJLIS KEDAI TERBUKA @ DEEPBLUE FISHING TUTONG

Sabtu 19/02/2011 jam 10.30 pagi, majlis KEDAI TERBUKA (GONG XI FA CAI)) diadakan di DeepBlue fishing Tutong. Antara yang hadir boss Deep Blue fishing KEN, SIS, STAFF Deep Blue, member-member STA dan member-member yang lain yang terdiri dari pelanggan tetap Deep Blue. Kami dari keluarga STA tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada boss deep blue fishing (KEN) kerana sudi menjemput kemajlis tersebut.... aAntara yang turut memeriahkan lagi kedai terbuka nyum..nyum...sedapnya hihi...sorry Ken, aku nda dapat datang sebab bertugas..Nana sempat lagi posing sambil melayan jemputan yang hadir....Hj Pangan dan Kiong pun tidak ketinggalan hadir ke majlis tersebut dan sempat jua posing.Memang meriah jua yang dihadiri oleh member-member pancing serta pelanggan tetap Deepblue.

BELIDA 1.7KG VS SPOON @ SG KELAKAS

Jumaat 18.02.2011 petang, member-member yang turun beraksi di Sg.Kelakas ialah Madi, Kiong, Jaki, Asat Albab, Hj Rahim, Ahmad Popper dan Emi. Rony dan Sofian sudah pun berada disana seawal lagi mengasting dan mengudang. Cuma Haji Rahim saya yang berhasil menaikkan 1 ekor belida berat 1.7kg dengan menggunakan spoon.Tahniah MANTUN...

DALAK MONSTER 2KG @ LUBOK LUGON

Jumaat 18/02/2011 jam 5.00 petang, Roy aka Marak secara solo mendalak di LUBOK LUGON berjaya menaikkan 4ekor dalak seekor daripadanya berat 2.5kg menggunakan katak beracunnya bass rat max power,TAHNIAH Roy aka Marak..
4 ekor dalak yang berhasil ditumpaskan oleh Roy dan yang seekor atu mama dalak tah tu....hehe...

LESEN BETUTU @ SG SEMBATANG

Jumaat 18.2.2011 pagi, kali ani Fadli turun mendalak bersama Ijam kawan setugas kami di Sungai Sembatang. Untok sampai kesana memakan masa dalam 45 minit namun perjalanan jauh bukan jadi penghalang dan berbaloi-baloi jua lureh ikan mahal yang mana Ijam belureh seekor betutu berat 1.7kg menggunakan spinner tok janggutnya, tahniah Ijam dengan lesen betutu.

TOMAN MONSTER 5KG LAGI...@ EPM

Khamis 17/02/2011 jam 06.30 pagi, operasi menomanlak di EPM seterusnya yang diketuai oleh Capt Asat Albab dan disertai oleh Hj Pangan aka Piyambut dan Minan aka Dukun12. Dalam beberapa jam operasi dijalankan sebelah paginya cuma Minan aka Dukun12 saja yang bejaya menaikkan seekor toman berat 2.3kg manakala Capt Asat Albab dan Hj Pangan cuma ugat (lepas) miscall saja.
Jam 12.00 tengah hari masa berihat dan makan,dalam waktu yang sama mengambil kesempat membottom beumpankan hati ayam alum sampai 5 minit membottom Hj Pangan berhasil menaikkan seekor toman. Nda lama selepas atu Capt Asat Albab pun berhasil jua menaikkan seekor toman,manakala Minan cuma ugat (lepas) saja.
Jam 2.00 petang, operasi pun diteruskan lagi macam biasa,kira2 dalam sejam operasi dijalankan Capt Asat Albab berjaya menaikkan seekor toman monster berat 5kg nda jua ketinggalan Hj Pangan pun berhasil menaikkan seekor toman berat 1.5kg, TAHNIAH Capt Asat Albab, Hj Pangan dan Minan..

Tuesday, February 15, 2011

TOMANLAK LAGI SELEPAS MAULIDUR RASUL @ EPM

Selasa 15/02/2011 jam 12.00 tengah hari selepas mengikuti perarakan Maulud Nabi, operasi menomanlak diEPM tetap diteruskan tetapi kali ani menggunakan perahu kepunyaan Yus aka Lantor yang diketuai Capt Asat Albab, Yus aka lantor dan Danan aka Laboh. Baru jua dalam beberapa minit beroperasi, Yus berjaya menaikkan seekor toman berat 2.3kg.
Belum lama selepas atu Danan pun berjaya jua menaikkan seekor toman.
Manakala Capt Asat Albab pun berjaya menaikkan seekor dalak saja. Dalam masa perjalanan balik, Yus mengambil kesempatan mengasting sebelum ketambing tempat turun naiknya perahu dan berjaya jua menaikkan seekor dalak, TAHNIAH SEMUA..