Tuesday, November 30, 2010

MEMAJAL MEMBULAN JUA TU...@ PASU PACAH

Selasa 30.11.2010 petang, walaupun hujan turun dengan labatnya namun Babah masih jua memajal membulan di lubok pasu pacah dan belurih seekor bulan2 sementara menunggu Boy Tongkos join sama ia dan sesudah ia sampai hujan pun taduh sikit apalagi memudahkan lagi untok durang ani membulan lagi. Lure popper pop quen yang baru dibali Boy Tongkos di Deep Blue fishing pun berhasil menaikkan seekor bulan2, memajal banar tah durang ani. Tahniah pemajal membulan bersiri...

Monday, November 29, 2010

MEMBELIDABULAN @ SG KELAKAS VS MEMBULAN @ PASU PACAH

Bulan-bulan Sg Kelakas
Isnin 29.11.2010 Jam 5.30 petang, aku sama Madi membelidabulan di Sg Kelakas hasilnya cuma Madi saja menaikkan seekor bulan2 dengan menggunakan lure baru jua dibalinya Lun Fishing Bengkurong petang atu jenis minnow brand XPS manakala aku cuma misscol belida saja, selepas atu bulan2 tersebut dilepaskan semula, Tahniah Madi..Anitah lure baru Madi sebelum turun cast sempat lagi ke bandar membali lure minnow XPS menggantikan lure minnownya yang patah dipapak uleh belida tempoh hari hehe....
Bulan-bulan Pasu Pacah
Manakala yang turun membulan di pasu pacah jam 5 petang antaranya Babah, Boy Tongkos dan juga Boy, hasilnya seekor bulan2 jua diperolehi oleh Babah menggunakan lure yozuri yang baru dibalinya pada hari minggu di Song Kheng Seria. Selepas bergambar bulan2 tersebut dilepaskan semula manakala yang lainnya misscol sama ugat saja, tahniah Babah.

Sunday, November 28, 2010

MEMBELIDABULAN @ SG KELAKAS

Ahad 28.11.2o1o jam 5 petang, Madi turun cast belida sama bulan2 seorang saja di sg Kelakas walaupun kecundang di sg Bera pada paginya namun di sebelah petangnya berhasil jua dengan seekor bulan dengan menggunakan lure minnow. Selepas atu Madi mencuba cast lagi dan kali ani belida lagi menyambar lure minnownya dengan ganas sampaikan patah lure Madi dibuatnya menyebabkan belida tersebut berjaya melepaskan diri, baru ya brutal banar tah belida atu...nda apa Madi, next tym suruh belida atu membayar balik luremu yang patah atu hehe....Tahniah Madi bulan pun bulan da.....Lure minnow yang patah dipapak oleh belida brutal hehe....

MEMFLY & MEMPOP BULAN-BULAN @ SG BERA

Ahad 28.11.2010 dari jam 7 pagi sudah aku sama Madi berada di Sungai Bera Seria tujuan memfly dan mempop, hasil memfly cuma aku saja yang belureh seekor bulan2. Banyak kali kami kecundang uleh bulan2 apalagi mempop pun sama jua...sabar saja hehe...baru ya banyak menguji kesabaran kami tu tadi ditahap maximum....next tym lagi kami appeal di sana.

Saturday, November 27, 2010

2 KALI MEMBARAB @ ULU TUTONG

1ST TEST TRY MEMBARAB
Rabu 24/11/2010 jam 07.00 pagi Yus yang begitu lama mendiamkan diri kini beraksi kembali bersama 3 orang kawanNya di ulu Tutong yang mana cuma Yus seorang saja yang cast manakala yang lainnya membottom saja. Hasilnya Yus berjaya menaikkan 9 ekor barab 3x putus, ugat (lepas) dan beberapa kali miscall. Kawan2nya pun belureh jua bermacam2 jenis ikan seperti baung, dalak, badus, patihan dan lain2,cuma sayangnya nda bergambar,apa2 pun TAHNIAH Yus dan kawan2nya..
2ND TEST TRY MEMBARAB
Jumaat 26/11/2010 jam 07.30 pagi, sekali lagi Yus dan 3 orang kawannya mencuba nasib ke ulu Tutong memajal nda puas hati pasal kali pertama percubaannya beberapa kali putus dan ugat (lepas) barab monster manakala percubaan kali kedua ani pun masih jua kecundang cuma 6 ekor barab berat2 sekilo saja yang bejaya dinaikkan oleh Yus lagi pun air sudah mula dalam dan kabut macam TEA C KAW disebabkan hujan. Sabar Yus, walaupun barab monster dihajati nda naik sekurang2nya berhasil jua tu...hehe....TAHNIAH Yus.

Friday, November 26, 2010

2 EKOR SEPIT BIRU @ PEKAN TUTONG

Khamis 25.11.2010 jam 8 malam, Jimi memancing udang bersama keluarga di Pekan Tutong dan berhasil cuma 2 ekor si sepit biru(udang galah) pun sudah cukup membuatkan anak dan bininya senyum lebar memandangkan menu special untok makan malam sudah pun ready untok dimasak hehe....tahniah Jimi.

Thursday, November 25, 2010

RAPALA TIGER HUSKY JERK VS GROUPER @ JERUDONG RIVER

Khamis 25.11.2010 jam 5 petang, antara yang turun lagi di Jerudong river aku, Babah, Boy Tongkos, Boy dan Raz yang mana 4 orang di antara kami mengasting dan masih jua ku taruhkan lure rapala tiger husky jerk yang berhasil menipu seekor kerapu saja dan dilepaskan semula manakala Boy macam biasa membottom cuma lureh seekor kalakitok tapi melabuk di lubang batu ikannya hehe....malangnya rod rilex milik Boy Tongkos telahpun patah disebabkan tersangkut...sabar ja ah... gaji nda lagi batah ni..membali tah yang kalis patah atu haha...

PEMBURUAN LAUT DALAM SETERUSNYA @ PERAIRAN TUTONG

Selasa 23/11/2010 jam 2.30 petang, pemburu bersiri beraksi lagi kelaut (menakat) sehari semalam di perairan Tutong antara yang beraksi Asat Albab, Meggi yang punya perahu dipandu oleh Capt Kiong dan Lazim. Setelah sampai ke destinasi seperti biasanya mengambil umpan hidup (menganjun) dulu dan sesudah umpan memadai baru tah durang menakat (bejaul). Baru jua beberapa minit melabuh pencing masing2 tah menaikkan bermacam2 jenis ikan dan dianggarkan dalam 20 lebih kilo hasilnya,TAHNIAH SEMUANYA...
Ani Kiong bersama Maggie sedang mengusai pancing sebelum berperang dengan ikan hehe...
Hasil yang diperolehi memang berbaloi seperti kerapu, babarahan,kerisi, pisang-pisangdan lain-lain lagi.

RAPALA TIGER HUSKY JERK VS MJ @ JERUDONG RIVER

Rabu 24.11.2010 jam 5 petang, keadaan cuaca yang mendung serta hujan barai² bukan jadi penghalang bagi aku sama Babah turun cast dan Boy membottom di Jerudong river. Babah seperti biasa mempertaruhkan lure banjo minnownya tapi nda berhasil manakala Boy membottom dengan umpan udang hidup pada mulanya menaikkan seekor bedukang sampaikan tergelincir ditarik bedukang atu dan selepas atu menaikkan seekor ketambak lagi. Jam 6.15 petang, keadaan sudah beransur gelap akhirnya taruhan lure baby rapala tiger husky jerk yang baru ku gunakan kali ani berhasil memperdayakan seekor ungah...nyaman jua hati disisik² akhir kan balik baru tah kana strike hehe....
Anitah lure rapala tiger husky jerk 8cm yang baruku pakai sudah membuahkan hasil...
Boy dengan ketambaknya cuma bedukang saja nda digambarnya hehe....

Tuesday, November 23, 2010

LUMBA MEMBULAN @ LUBOK PASU PACAH

Selasa 23.11.2010 jam 5 petang, Babah bersama Boy Tongkos sudah pun berada di lubok pasu pacah untok membulan selepas saja dari bertugas masing2 tah kan gagas ke sana belumba siapa dulu belureh hehe.... termasok tah Boy dan aku sampai jam 5.15 petang kemudian. Setibanya aku sama Boy, rupa2nya Babah sudahpun menaikkan seekor bulan2.Selepas atu dalam jam 6.15 petang baru tah Boy Tongkos menaikkan seekor bulan2 merupakan lesen pertama bulan2nya yang hampir menyambar lure poppernya. Aku banyak kali misscol manakala Boy sekali saja misscol, Tahniah Babah n Boy Tongkos...

Monday, November 22, 2010

TRIP BARAM SPOT @ BRUNEI DROPOFF

Sabtu 20.11.2010 antara yang turun ke dropoff kali ani Jaki, Sofian, Kwang (Deepblue)sebagai captain, Yus, Amin, Abang dan Haji J. Perjalan bermula jam 4.30 petang mengambil masa 1 jam 45 minit melalui Kuala Tutong. Sesudah tiba di sana pada jam 6.30 ptg. masing2 tah melabuh pancing mencuba nasib namun tiada sambutan sehinggalah jam 3 pagi. Setelah subuh jam 4 baru tah ada respond yang mana Jaki kelurusan duduk di tepi perahu tiba2 pancingnya kena strike ikan dengan tanpa membuang peluang terus tah Jaki menstrike dan mangsa tersebut melawan dengan amat ganas sehingga perlawanan mengambil masa 15 ke 20min bertarung, akhirnya seekor amberjack aka aji-aji aka kingfisher berat 11kg berjaya ditewaskan oleh Jaki. Kawan2 yang lain pun mendapat hasil yang memuaskan seperti, kerapu, sulit, membangan, ikan merah, kerisi bali, anduping, tongkol, durian dan tawih. Sekitar jam 3.30 petang, durang pun balik memandangkan cuaca berangin dan hujan. Tahniah yang mendapat habuan di dropoff atu...Antara hasil yang diperolehi pada trip kali ani.

Sunday, November 21, 2010

CABARAN JORAN 2010

Ahad 21.11.2010 jam 8 pagi, cabaran joran 2010 telahpun bermula dan sambutan dari orang ramai memang menggalakkan termasuklah kami (aku, Madi, Babah dan Emi) yang ikut serta yang disponsor oleh Lun Fishing bagi sama2 memeriahkan lagi acara tersebut.


Ikan sumpit-sumpit yang diperolehi olehku dengan berumpankan bengkutut...






Madi dengan seekor ikan kalakitok manakala Emi terlepas ikan kalakitok sama ungah alum tah ada rezeki tu...






Marshall yang memeriksa setiap peserta yang mengikuti pertandingan tersebut.







Babah cuma sekejap saja mengikuti pertandingan tersebut disebabkan ada acara lain yang hendak di hadiri pada masa yang sama.



Walaupun nda berjaya mendapat tempat namun kami enjoy turut serta bersama dengan peserta2 yang lain.





Antara tempat yang dipenuhi oleh para peserta yang ikut bertanding dari awal pagi sudah bersiap sedia untok bermulanya acara tersebut.




Setelah acara tersebut ditamatkan pada jam 11.30 pagi, peserta sibuk ke meja penghakiman untok ditimbang hasil masing2.





Disamping acara pertandingan joran dijalankan, kem2 penjualan barang2 pancing jua ada di adakan antaranya dari Lun Fishing dan juga Deep Blue Fishing.

Terimakasih kepada pihak penganjur yang mengadakan pertandingan seperti ini dan juga diucapkan terimakasih banyak2 kepada boss Lun Fishing yang sudi sponsor kami bagi mengikuti pertandingan cabaran joran 2010 dan tak lupa diucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam pertandingan tersebut dan bagi yang kurang bernasib baik cuba lagi dilain hari..

Saturday, November 20, 2010

1ST TOMAN G PANGAN @ EPM

Sabtu 20.11.2010 jam 7 pagi, Hj Pangan aka Piyambut yang sudah lama nda beraksi kali ani tukar selera menoman di EPM bersama anak buah dan 2 orang kawannya. Hasilnya Hj Pangan lureh seekor toman merupakan 1st lesennya yang baru 1st tym turun manakala anak buah dan kawannya lureh seekor toman seorang jua, ugat dan miskol dalam 7kali..pukul 6 ptg durang pun balik. Tahniah Hj Pangan bersama anak buah dan kawan atu...

DALAK SIFU YANG KE131 @ ULU BELAIT

Sabtu 20.11.2010 membarab nda menjadi mendalak tia pulang yang mana tadi pagi Edin, Asat Albab dan Mudin(kawan Edin) planning kan membarab di sg Rempayoh Labi disebabkan nda ada barab yang sudi strike terpaksa tah tukar ke mendalak pula dan cuma Asat Albab saja yang berhasil menaikkan 2 ekor dalak merupakan dalak yang ke131 buatnya dan 1 ekor terlepas dari tangan Asat Albab, yang lainnya cuma ugat dan misscall saja. Tahniah Asat Albab...

FLY VS FROGGY VS POP @ JUNJONGAN

Jumaat 19.11.2010 jam 5.30 petang, kami turun di Junjongan untok memfly, memfroggy dan mempop. Cuma memfly saja yang berhasil ulehku dengan seekor karok aka puyu yang pada mulanya ku fikirkan dalak yang menyambar dan banyak kali terlepas manakala Babah memfroggy sama mempop dan Boy mempop saja dan cuma misscol bulan2 saja.1st tym lureh karok pakai fly dengan lure fly hitam putih...pelik tapi benar hehe...

Friday, November 19, 2010

MEMBELIDARABLANLAK @ SG KELAKAS

Jumaat 19.11.2010 jam 9 pagi, kami turun di ulu Tutong dengan tujuan kan cast barab tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan sesuatu perkara yang tak mengizinkan kami dan terpaksa tah kami beraleh spot di Sg Kelakas untok cast dalak dan belida yang mana Madi pernah kena strike belida di sana tempoh hari. Setelah sampai di sg Kelakas aku, Babah, Boy dan juga Emi menuju kesebelah kiri untok membelidalanlak manakala Madi seorang menuju kesebelah kanan untok membelidalak. Hasilnya aku menaikkan seekor baby barab yang ke12 buat kali ani yang nda disangka-sangka menyambar lure euproku yang mana tujuan asalnya kan membelida saja walaupun nda jadi di ulu Tutong kan membarab tapi rezeki barab tetap ada di sg Kelakas manakala Emi dan Babah cuma misscoll dalak saja dan Boy nda ada strike bulan2.
Dalam diam2 rupanya Madi belureh jua dengan seekor dalak saiz L merupakan dalak yang ke31 buatnya kali ani.Lure Eupro yang ku gunakan untok membelida tau2 baby barab yang menyambar.
Selepas kami mengasting, sempat lagi kami santai2 di rumah Jaki menikmati aing kelapa, Tq banyak2 Jaki sponsor minuman aing kelapanya atu...

Thursday, November 18, 2010

TRIP MEMBARABDUSLAK @ NYAMOKNYING

Rabu 17/11/2010 jam 08.45 pagi, pemburu tomanlak kali ani beraksi di Nyamoknying menjejaki barabdus. Antara yang beraksi Asat Albab, Kiong, Sur, Angsuri dan Ahan (pekerja kiong). Setelah sampai ke destinasi cuma sampat cast lebih kurang dalam 20minit kesetengah jam saja disebabkan hujan terlalu lebat dan ayer pun mula kabut macam TEA C KAW dan dalam, cuma Kiong saja yang bejaya menaikkan seekor baby barab menggunakan lure Abu island 11, yang lainya cuma miscall saja.
Oleh kerana segala2nya nda menjadi di sebabkan hujan lebat yang merubahkan keadaan air sungai durang pun mengambil keputusan untok balik saja. Kira2 dalam sejam keluar balik, hujan pun teduh apa lagi durang pun tarus tah mengambil kesampatan mencari lubok baduslak dan tarus tah jua mencuba cast di lubok yang disiring2 jalan baru jua sekali umban lure scum frog hitam Asat Albab bejaya menaikkan seekor badus aka bujuk 2x miscall 1x ugat (lepas).
Selepas atu Angsuri pun bejaya jua menaikkan seekor badus aka bujuk 2x miscall manakala yang lain2nya cuma ugat (lepas) dan miscall saja... TAHNIAH kepada yang belurih..

Wednesday, November 17, 2010

DALAK AIDILADHA @ LUBOK X

Rabu 17-11-2010 petang..Emi turun mendalak tapi bukan dengan Madi kali ani ia bersama dengan ayangnya pula, membuang boring mengasting di lubuk X dan berhasil menaikkan 2 ekor dalak dalam masa sejam merupakan dalak yang ke29 buatnya kali ani, Tahniah Emi feat Ayangnya...

SEALAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar...Walillahilham, Saya mewakili rakan-rakan STA semua ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pengunjung blog kami dan juga kepada Umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday, November 16, 2010

MEMBUANG GIAN POP BULAN2 LAGI...@ LUBOK PASU PACAH

Selasa 16.11.2010 jam 5 petang, selepas dari bertugas macam biasa kami bertiga membuang gian membulan di lubok pasu pacah lagi dan walaupun aku kemudian sampai di sana, aku jua yang dulu menaikkan seekor bulan2 baru jua 2 kali cast dan banyak kali misscol. Selepas atu baru tah Babah belureh 2 ekor bulan2 dan banyak kali jua misscoll manakala Boy cuma terlepas dan juga misscoll, nda apa nda belureh tapi mua mua ada jua masuk tu...hehehe...Anitah 3 ekor bulan2 yang saja dapat uleh kami, tahniah Babah lapas jua gian atu kepada Boy nda apa cuba lagi usaha tangga kejayaan tu...hehe..

Monday, November 15, 2010

PEMAJAL POP BULAN2 @ LUBOK PASU PACAH

Isnin 15.11.2010 selepas dari bertugas jam 5, Babah turun untok mempop bulan2 di lubok pasu pacah bersama aku dan Boy walaupun dalam keadaan hujan barai2 namun tetap jua memajal membawa kami di sana. Banyak kali kami misscoll sama ugat dan cuma seekor bulan2 saja yang diperolehi oleh Babah. Tahniah Babah, nda sah kalau nda memajal tu...

MEMBURU BARAB @ LUBOK LONDON BRIDGE ULU TUTONG

Ahad 14.11.2010 pagi, pemburu barab bersiri iaitu Danan turun membarab seorang saja di spot yang diberi nama London Bridge ulu Tutong. Keadaan air sungai pada masa atu masih lagi dalam namun masih jua mencuba cast dengan menggunakan lure popper hinomiyanya dan berhasil dengan seekor barab buat yang ke26 lagi baginya setelah 2 kali misscoll, Tahniah Danan...maju lagi ni....

Sunday, November 14, 2010

MEMPOP BULAN-BULAN LAGI...@ LUBOK PASU PACAH

Ahad 14.11.2010 petang, mempop bulan2 diteruskan lagi di lubok pasu pacah yang disertai oleh Babah, Boy dan Raz yang baru 1st tym turun membulan jua buat kali ani. Walupun hari mau hujan namun durang ani masih jua memajal dan baru jua mempop Babah berhasil seekor bulan2 dan belum jua lama Babah belureh lagi seekor bulan2 dan selepas atu hujan pun mula turun tapi masih jua cast dan lureh lagi seekor bulan2.Jam 5.45 petang, hujan semakin lebat namun Raz belum jua berputus asa dan akhirnya lureh jua 1st lesen tarpoon dan berhasil lagi 2 ekor bulan2 selepas atu.Anitah hasilnya 6 ekor bulan2 uleh mempop 3 ekor dari Babah dan 3 ekor dari Raz cuma Boy saja yang nda bernasib baik sampaikan sakit kepala melihat durang belureh hehe.... Tahniah Babah, lebih2 lagi buat Raz yang baru turun sudah dapat lesen bulan2